Pengaturcara telah kembali!

•Ogos 20, 2010 • Tinggalkan Komen

Salam semua, nampaknya dah lama blog ni tak dikemaskini..

Dengan izin tuhan, saya akan kembali mengemaskini blog ini secara kerap.

Namun selepas ini, tutorial dalam Bahasa Melayu akan diteruskan, tetapi mungkin bukan dalam bentuk seperti sekarang, mungkin saya akan buat dan muatnaik ke Scribd dan just link kan di blog ini. Untuk kemaskini lain, saya akan lebih menumpukan kepada berita-berita dan ulasan teknologi terkini yang saya akan kumpul dari pelbagai sumber…

Harap saya dapat konsisten!

Kalkulator BMI – 2- Asas Fungsi Logikal

•Januari 16, 2008 • 1 Komen

Seperti yang saya janjikan sebelum ini dalam Siri Pertama Kalkulator BMI saya akan menerukan untuk siri yang kedua pula. Namun kali ini saya akan menggunakan Visual Basic 2008 Express Dition, tidak seperti sebelum in yang menggunakan Visual Studio 2008 Profesional Trail Edition (sebenarnya ianya agak sama,cuma langkah-langkah awal berlainan sedikit).

Imbasan kembali tentang BMI. BMI ialah indeks jisim tubuh, ia adalah satu indikator untuk menentukan tahap berat badan seseorang itu adalah dalam lingkunan normal atau tidak. Formulanya adalah seperti berikut :

atau boleh tulis BMI = Berat / (Tinggi * Tinggi)

dan untuk orang asia lingkunganya adalah seperti dibawah :

  •  Kurang Berat Badan = (<18 )
  • Berat Badan Unggul  = (24.9> BMI>18.1)
  • Lebih Berat Badan  = (25>BMI>29.9)
  •  Obesiti Tahap 1 = (40>BMI>30)
  • Obesiti tahap 2  = (>40)

Jadi saya rasa anda telah faham sedikit sebanyak tentang BMI ini, ayuh mulakan!

___________________________________________________________________________________

1

1. Buka Microsoft Visual Basic 2008 Express Edition > Klik File > New Project

2

2. Pilih Windows Forms Applicatio > Taip KalkulatorBMI2 (atau apa-apa nama yang anda suka). > Klik OK

3

3. Masukkan 2 Button, 2 Textbox dan 2 Label > Tukar properties (sifat) seperti dibawah :

4

Label1 : Text = Berat (KG)

Label2 : Text = Tinggi (m)

Button 1 : Text = Kira

Button 2 : Text = Padam

Form1 : Text : = Kalkulator BMI

4.  cara menukar propertiesnya ialah dengan  klik pada item tersebut, dan lihat pada tetingkap properties (seperti gambar di atas).

5

5. Klik pada button Kira, sebuah tetingkap kod akan muncul, taip dan faham kan  kod dibawah (atau seperti dalam rajah)

—————————————————————————————————-

‘Istihar Pembolehubah

        Dim berat, tinggi, BMI As Double

 

        ‘Ummpukkan nilai pemboleh ubah dengan nilai yang

        ‘dimasukkan oleh pengguna

        berat = Convert.ToDouble(TextBox1.Text)

        tinggi = Convert.ToDouble(TextBox2.Text)

 

        ‘Gunakan Formula BMI

        BMI = berat / (tinggi * tinggi)

 

        ‘Paparkan nilai BMI

        MessageBox.Show(“BMI anda ialah “ + BMI.ToString())

 

        ‘Masukkan Fungsi Logikal

        If (BMI <= 18) Then

            MessageBox.Show(“Anda kurang berat badan”)

        ElseIf (BMI >= 18.01) And (BMI <= 23) Then

            MessageBox.Show(“Berat badan anda ideal (normal)”)

        ElseIf (BMI >= 23.01) And (BMI <= 29.9) Then

            MessageBox.Show(“Anda berlebihan berat badan”)

        ElseIf (BMI >= 30) And (BMI <= 39.9) Then

            MessageBox.Show(“Anda mengalami Obesiti tahap 1″)

        ElseIf (BMI > 40) Then

            MessageBox.Show(“Anda mengalami Obesiti tahap 2″)

        End If

 

—————————————————————————————————————————-

6

6. Larikan aturcara anda ( istilah sebenarnya kompilkan (compile) ) dan masukkan nilai berat dan tinggi seperti yang anda kehendai dan lihat hasilnya.

* Sekiranya aturcara yang anda larikan, memberikan sebarang ralat (error) sila semak semula aturcara yang anda taip.

 7. Tamatkan aturcara dengan klik pada butang X pada penjuru kanan aturcara anda > Double Klik pada butang padam dan masukkan kod dibawah :

————————————

TextBox1.Text = “”
TextBox2.Text = “”

————————————

8. Larikan semula aturcara anda dan lihat hasilnya :)

_____________________________________________________________________________________

Penerangan tentang fungsi logikal dalam VB.NET

VB.NET boleh di aturcara untuk membuat keputusan – keputusan logikal sekiranya didibuat dengan langkah yang betul. terdapat berberapa fungsi logikal yang penting di dalam VB.NET iaitu :

If (Jika)

ElseIf (Selain dari itu jika )

Else (selain dari itu)

ia mesti berbentuk seperti berikut :

***************************************************************

If (operator logikal) Then

kenyataan (apa yang anda mahu ia lakukan)

EndIf

 atau ———————————

If (operator logikal) Then

kenyataan (apa yang anda mahu ia lakukan)

Else

kenyataan (apa yang anda mahu ia lakukan)

EndIf

atau ————————————–

If (operator logikal) Then

kenyataan (apa yang anda mahu ia lakukan)

ElseIf (operator logikal) Then

kenyataan (apa yang anda mahu ia lakukan)

Else

kenyataan (apa yang anda mahu ia lakukan)

EndIf

******************************************************************

:: ElseIf boleh diulang seberapa banyak yang anda mahu (seperti di dalam aturcara BMI -2- di atas).

:: Kenyataan adalah arahan – arahan yang akan di laksanakan sekiranya ( operator logikal ) memberikan nilai yang benar .

———————————————————————————-

operator logikal terdiri daripada

== – sama dengan

<   – Kurang daripada

<= – kurang daripada atau sama dengan

>  – Lebih daripada

>= – Lebih daripada atau sama dengan

<> – Tak sama dengan

————————————————————————————–

Tutorial ini tamat di sini, berjumpa lagi dalam tutorial yang akan datang!

Kalkulator BMI -1- Asas Pengiraan Menggunakan Formula Matematik

•Disember 28, 2007 • 12 Komen

Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk kita membina sebuah aturcara untuk mengira BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Badan. BMI ialah ukuran yang selalu digunakan dalam bidang perubatan dan kecergasan untuk menilai samada seseorang itu mempunyai berat badan ideal ataupun tidak. Dibawah ialah sedikit info tentang BMI

Formula BMI

atau boleh ditulis sebagai BMI = Berat (KG)/ (Tinggi * Tinggi) (m)

manakala skala BMI pula:

BMI table
bahagian yang berwarna

  • Kelabu = Kurang Berat Badan
  • Biru Cair = Berat Badan Unggul
  • Biru = Lebih Berat Badan
  • Hitam= Obesiti

tetapi untuk memudahkan aturcarayang akan kita bina, saya telah mengubahsuai sedikit jadual ini seperti dibawah

  • Kelabu = Kurang Berat Badan (<18 )
  • Biru Cair = Berat Badan Unggul (24.9> BMI>18.1)
  • Biru = Lebih Berat Badan (25>BMI>29.9)
  • Hitam= Obesiti Tahap 1 (40>BMI>30)
  • Hitam = Obesiti tahap 2 (>40)

Jadi sekarang kita sudah memahami dan tahu sedikit sebanyak tentang BMI in, tetapi sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut lagi, sila layari http://en.wikipedia.org/wiki/Body_mass_index

Terus membaca ‘Kalkulator BMI -1- Asas Pengiraan Menggunakan Formula Matematik’

Bagaimana untuk mendapatkan Visual Studio 2008 ?

•Disember 7, 2007 • 11 Komen

Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana caranya untuk mendapatkan Visual Studio 2008 yang mana di dalamnya terdapat

  • Visual Basic 2008
  • Visual C# 2008
  • Visual C++ 2008
  • Visual Web Devaloper
  • Microsoft SQL Database
  • Dan lain-lain komponen

Visual Studio 2008 Express Edition – ini adalah fail image DVD dalam bentuk .iso (~870MB)

Visual Basic 2008 Express Edition - Installasi secara atas talian (online) (2. 58MB)

untuk versi yang lain, anda boleh melayari website Visual Studio Express iaitu:

http://www.microsoft.com/express/download/

semuanya adalah PERCUMA!!!

Ini link untuk download Visual Studio 2008 Trail (percubaan sehingga 90 hari) (3.3GB)

Ini pula link untuk tutorial ‘Introduction to Visual Basic 2008 Express Editio’ dari Microsoft

Selamat Memuaturun!!!!

VB.NET 2008 – Hello, World!

•November 26, 2007 • 17 Komen

Aturcara ‘Hello, World!’ adalah sebuah aturcara yang boleh dikatakan ‘wajib’ bagi semua yang baru mula hendak belajar asas pengaturcaraan (maklumat lanjut, sila layari : http://en.wikipedia.org/wiki/Hello_world_program ).Ia adalah sebuah aturcara yang akan memaparkan perkataan ‘Hello. World!’ apabila sesuatu butang di klik.Tanpa melengahkan masa, mari kita mula menulisnya.

Visual Studio 2008 Beta 2 frontpage
1. BukaPerisian Visual Studio 2008

Create new project

2. Klik pada File > New > Project

Create Hello WOrld

3. Pilih Visual Basic dan New Form Application dan masukkan HelloWorld sebagai nama projek dan klik OK

klik for tools

4. Klik seperti dalam rajah di atas dan pilih satu Button

newButton

5. Masukkan satu button sperti rajah di atas.

GetPropetiesWindows

6. Klik pada view > Propeties Window utk keluarkan kekotak propeties

AddNameToButton

7. Pada kekotak propeties bagi button tersebut, taip Klik Sini pada Text (anda juga boleh menukar nama butang ini jika mahu, caranya tukar namanya pada sifat Name )

helloworld coding

8. Taip aturcara seperti di atas dan klik Debug > Start Debugging

hello world

8. Siaplah aturcara pertama anda..Tahniah!!!

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.