Kalkulator BMI -1- Asas Pengiraan Menggunakan Formula Matematik

Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk kita membina sebuah aturcara untuk mengira BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Badan. BMI ialah ukuran yang selalu digunakan dalam bidang perubatan dan kecergasan untuk menilai samada seseorang itu mempunyai berat badan ideal ataupun tidak. Dibawah ialah sedikit info tentang BMI

Formula BMI

atau boleh ditulis sebagai BMI = Berat (KG)/ (Tinggi * Tinggi) (m)

manakala skala BMI pula:

BMI table
bahagian yang berwarna

  • Kelabu = Kurang Berat Badan
  • Biru Cair = Berat Badan Unggul
  • Biru = Lebih Berat Badan
  • Hitam= Obesiti

tetapi untuk memudahkan aturcarayang akan kita bina, saya telah mengubahsuai sedikit jadual ini seperti dibawah

  • Kelabu = Kurang Berat Badan (<18 )
  • Biru Cair = Berat Badan Unggul (24.9> BMI>18.1)
  • Biru = Lebih Berat Badan (25>BMI>29.9)
  • Hitam= Obesiti Tahap 1 (40>BMI>30)
  • Hitam = Obesiti tahap 2 (>40)

Jadi sekarang kita sudah memahami dan tahu sedikit sebanyak tentang BMI in, tetapi sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut lagi, sila layari http://en.wikipedia.org/wiki/Body_mass_index

__________________________________________________________________________

Ok!tanpa melengahkan masa lagi mari kita mulakan pembinaan aturacara Kalkulator BMI kita sekarang!
Seperti biasa, buka Perisian Visual Studio 2008 kita dan cipta satu projek baru (jika anda tidak tahu bagaimana,sila rujuk posting sebelum ini – Hello World!)

Kemudian pilih Windows Form Application dan taip KalkulatorBMI sebagai nama projek seperti rajah dibawah

1.jpg

1.Buat projek baru dan beri nama KalkulatorBMI , Klik OK

2

2. Masukkan :

  • 2 Textbox

    • Biarkan namanya(name) ke nilai lalai (default) iaiti TextBox1 dan TextBox2
  • 2 Button
    • Biarkan namanya(name) ke nilai lalai (default) iaiti Button1 dan Button2
      (tetapi terpulang kepada anda sekiranya anda ingin menukar nama ini)
    • Tukarkan nilai text kepada Kira dan Padam Semua seperti gambar dibawah

3

3. Masukkan Label dan namakan seperti gambar diatas.

4. Klik 2 kali pada button yang berlabel Kira  sehingga tetingkap code muncul.

5

5. Masukkan kod sumber (source code seperti di atas ) atau cuma salin-dan-tampal (copy and paste) kod dibawah :

—————————————————————————————————–

‘Istihar semua pemboleh ubah
Dim Berat As Double
Dim Tinggi As Double
Dim BMI As Double

‘Ambil nilai dari textbox ke pembolehubah
Berat = Convert.ToDouble(TextBox1.Text)
Tinggi = Convert.ToDouble(TextBox2.Text)

        ‘Maksud Convert.toDouble ialah kerana kita hendak
‘menjadikan aksara didalam textbox ke angka, jika tidak
‘Visual Basic akan menggangap ia adalah aksara (teks) biasa
‘dan bukan angka

Masukkan formula BMI
BMI = Berat / (Tinggi * Tinggi)

‘Paparkan guna MessageBox
MessageBox.Show(“BMI anda ialah = ” + BMI.ToString())

      ‘BMI.ToString() pula ialah untuk memberitahu VB yang kita mahu
‘nilai tersebut dipaparkan bersama – sama dengan text biasa dan
‘bukan angka

—————————————————————————————-

nota :

  • tulisan yang berluma dengan ‘ ialah komen untuk aturcara VB yang kita tulis, ia akan diabaikan oleh VB apabila aturcara ini dilarikan (run).
  • Saya berharap komen yang saya berikan dapat menerangkan apa yang terkandung di dalam aturcara di atas. Sekiranya masih tidak faham, anda boleh bertanya di dalam ruang komen.

6

6. Larikan (run) aturcara dengan menekan butang seperti di atas.

6.jpg

7. Siap! aturcara Kalkulator BMI anda sudah siap, anda boleh memasukkan nilai kedalam textbox yang ada dan uji jawapan anda dengan pengiraan secara manual dengan formula yang diberikan di atas!

8. Opss!! kita terlupa untuk menulis kod aturcara untuk butang padam semua…ini adalah kod nya :

————————————

TextBox1.Text = “”
TextBox2.Text = “”

————————————

9. Ok, sekarang aturcara anda sudah siap,anda boleh bermain² dengan formula matematik yang lain pula seperti teorem pytagoras, persamaan kuardatik dan sebagainya. Berjumpa lagi di bahagian yang kedua Kalkulator BMI – 2 – Asas fungsi logikal pula!

~ oleh interferens di Disember 28, 2007.

12 Respons to “Kalkulator BMI -1- Asas Pengiraan Menggunakan Formula Matematik”

  1. Wahh bagus.. teruskan tutorial anda.

  2. nih yg wat aku pening nih. kene convert2 bagai plak..
    anyway bagus arr utk aku yg baru nak kenal ngan .net nih

  3. yup..kena convert dulu dari string ke interger..kalau dalam vb6 kita guna CInt contohnya :

    Berat = CInt(TextBox1.text)
    :)

  4. BMI sy 0.001875. ermm 18.75 rite? kire healthy le ni?huhu… :)

  5. salah kira kot..pastikan berat dalam KG dan tinggi dalam meter

  6. acu try berat=48, tinggi=160. jgn overweight plak.huhu…

  7. kena masukkan berat tu 48 dan tinggi 1.60 bukan 160 sebab 160 tu kan dalam cm

  8. cilap plak. x kn tinggi 160meter? zirafah pn x tinggi mcmni?huhu… erm..kire 18.75 gk la. :)

  9. [...] BMI – 2- Asas Fungsi Logikal Seperti yang saya janjikan sebelum ini dalam Siri Pertama Kalkulator BMI saya akan menerukan untuk siri yang kedua pula. Namun kali ini saya akan menggunakan Visual Basic [...]

  10. sy gune web developer.ngengee… :)
    dh kire dh. ideal(normal).
    pndai en.interferences ni.huu… :)

  11. good la…leh main2..best la plak

  12. bagus….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: