Kalkulator BMI – 2- Asas Fungsi Logikal
Seperti yang saya janjikan sebelum ini dalam Siri Pertama Kalkulator BMI saya akan menerukan untuk siri yang kedua pula. Namun kali ini saya akan menggunakan Visual Basic 2008 Express Dition, tidak seperti sebelum in yang menggunakan Visual Studio 2008 Profesional Trail Edition (sebenarnya ianya agak sama,cuma langkah-langkah awal berlainan sedikit).
Imbasan kembali tentang BMI. BMI ialah indeks jisim tubuh, ia adalah satu indikator untuk menentukan tahap berat badan seseorang itu adalah dalam lingkunan normal atau tidak. Formulanya adalah seperti berikut :
atau boleh tulis BMI = Berat / (Tinggi * Tinggi)
dan untuk orang asia lingkunganya adalah seperti dibawah :
- Kurang Berat Badan = (<18 )
- Berat Badan Unggul = (24.9> BMI>18.1)
- Lebih Berat Badan = (25>BMI>29.9)
- Obesiti Tahap 1 = (40>BMI>30)
- Obesiti tahap 2 = (>40)
Jadi saya rasa anda telah faham sedikit sebanyak tentang BMI ini, ayuh mulakan!
___________________________________________________________________________________
1. Buka Microsoft Visual Basic 2008 Express Edition > Klik File > New Project
2. Pilih Windows Forms Applicatio > Taip KalkulatorBMI2 (atau apa-apa nama yang anda suka). > Klik OK
3. Masukkan 2 Button, 2 Textbox dan 2 Label > Tukar properties (sifat) seperti dibawah :
Label1 : Text = Berat (KG)
Label2 : Text = Tinggi (m)
Button 1 : Text = Kira
Button 2 : Text = Padam
Form1 : Text : = Kalkulator BMI
4. cara menukar propertiesnya ialah dengan klik pada item tersebut, dan lihat pada tetingkap properties (seperti gambar di atas).
5. Klik pada button Kira, sebuah tetingkap kod akan muncul, taip dan faham kan kod dibawah (atau seperti dalam rajah)
—————————————————————————————————-
‘Istihar Pembolehubah
Dim berat, tinggi, BMI As Double
‘Ummpukkan nilai pemboleh ubah dengan nilai yang
‘dimasukkan oleh pengguna
berat = Convert.ToDouble(TextBox1.Text)
tinggi = Convert.ToDouble(TextBox2.Text)
‘Gunakan Formula BMI
BMI = berat / (tinggi * tinggi)
‘Paparkan nilai BMI
MessageBox.Show(“BMI anda ialah “ + BMI.ToString())
‘Masukkan Fungsi Logikal
If (BMI <= 18) Then
MessageBox.Show(“Anda kurang berat badan”)
ElseIf (BMI >= 18.01) And (BMI <= 23) Then
MessageBox.Show(“Berat badan anda ideal (normal)”)
ElseIf (BMI >= 23.01) And (BMI <= 29.9) Then
MessageBox.Show(“Anda berlebihan berat badan”)
ElseIf (BMI >= 30) And (BMI <= 39.9) Then
MessageBox.Show(“Anda mengalami Obesiti tahap 1”)
ElseIf (BMI > 40) Then
MessageBox.Show(“Anda mengalami Obesiti tahap 2”)
End If
—————————————————————————————————————————-
6. Larikan aturcara anda ( istilah sebenarnya kompilkan (compile) ) dan masukkan nilai berat dan tinggi seperti yang anda kehendai dan lihat hasilnya.
* Sekiranya aturcara yang anda larikan, memberikan sebarang ralat (error) sila semak semula aturcara yang anda taip.
7. Tamatkan aturcara dengan klik pada butang X pada penjuru kanan aturcara anda > Double Klik pada butang padam dan masukkan kod dibawah :
————————————
TextBox1.Text = “”
TextBox2.Text = “”
————————————
8. Larikan semula aturcara anda dan lihat hasilnya 🙂
_____________________________________________________________________________________
Penerangan tentang fungsi logikal dalam VB.NET
VB.NET boleh di aturcara untuk membuat keputusan – keputusan logikal sekiranya didibuat dengan langkah yang betul. terdapat berberapa fungsi logikal yang penting di dalam VB.NET iaitu :
If (Jika)
ElseIf (Selain dari itu jika )
Else (selain dari itu)
ia mesti berbentuk seperti berikut :
***************************************************************
If (operator logikal) Then
kenyataan (apa yang anda mahu ia lakukan)
EndIf
atau ———————————
If (operator logikal) Then
kenyataan (apa yang anda mahu ia lakukan)
Else
kenyataan (apa yang anda mahu ia lakukan)
EndIf
atau ————————————–
If (operator logikal) Then
kenyataan (apa yang anda mahu ia lakukan)
ElseIf (operator logikal) Then
kenyataan (apa yang anda mahu ia lakukan)
Else
kenyataan (apa yang anda mahu ia lakukan)
EndIf
******************************************************************
:: ElseIf boleh diulang seberapa banyak yang anda mahu (seperti di dalam aturcara BMI -2- di atas).
:: Kenyataan adalah arahan – arahan yang akan di laksanakan sekiranya ( operator logikal ) memberikan nilai yang benar .
———————————————————————————-
operator logikal terdiri daripada
== – sama dengan
< – Kurang daripada
<= – kurang daripada atau sama dengan
> – Lebih daripada
>= – Lebih daripada atau sama dengan
<> – Tak sama dengan
————————————————————————————–
Tutorial ini tamat di sini, berjumpa lagi dalam tutorial yang akan datang!
kena tunggu tutorial yang akan datang.tentu lbh menarik